09 August 2017

TAK PUAS HATI DENGAN AFIFAH - KEKASIH CABAR ALIFF AZIZ BERSEMUKA


"Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff. Apa yang dilakukan adalah lakonan untuk hiburkan sikap keanak-anakan kamu.





"Ya, dia buat kesalahan kerana benarkan kamu memegang tangannya, tapi dia sudah meminta maaf kepada isteri kamu.

"Kami ingin selesaikan isu ini dengan baik tapi kamu pula mempersoalkannya. Kalau tidak puas hati dengan kenyataan yang diberi mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki.

"Saya akan berada di set penggambaran pada Khamis ini bagi menemani Afifah," tulis kekasih pelakon Afifah Nasir, Wan Ariff Azhar yang berasa 'bengang' apabila kenyataan teman wanitanya dikritik oleh penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Aliff sebelum ini berkata bahawa pendedahan Afifah dalam sidang media pada Isnin lalu sebagai mengarut dan tidak masuk akal apabila wanita terbabit cuba mengaitkan pihak produksi dalam hal tersebut.

Klik untuk gambar besar


Berang dengan sikap Aliff yang menuduh Afifah tidak bercakap benar, Wan Ariff tampil bersuara mempertahankan wanita kesayangannya menerusi akaun Instagram.

Tambah Ariff lagi, teman wanitanya sebelum ini sering mengadu tentang sikap kebudak-budakan Aliff sepanjang pengambaran berlangsung.

Dengan itu Ariff mencabar Aliff untuk datang bersemuka dengannya jika beliau betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Afifah.

Makin melarat nampak gayanya drama mereka ini, siap ajak bersemuka pula. Apapun diharap kalau bersemukan pun janganlah sampai bergaduh, sebaiknya berbincang secara matang dan dewasa.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: