12 August 2017

MENINGGAL DUNIA - PENYANYI 60-AN, M. Y. SHAMSUDIN SELAMAT DIKEBUMIKAN


Kira-kira pukul 11 malam kelmarin, penyanyi tahun 60-an, M. Y. Shamsudin, 78, telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, akibat jangkitan paru-paru.





Menurut Fatimah Isa, 70, suaminya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak lima bulan lepas berikutan mengalami sesak nafas.

Fatimah yang dihubungi semalam berkata Allahyarham sebelum ini terlantar sakit akibat lumpuh selepas terjatuh 27 tahun lepas.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Klik untuk gambar besar


Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan lima cucu.

Fatimah juga adalah pasangan duet Allahyarham menghasilkan beberapa lagu popular pada era 60-an, antaranya 'Salah Sangka' dan 'Dapat Kembali'.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah


www.myartis.com / Sumber: BERNAMA


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: