Penyanyi Hafiz Hamidun sebelum ini memaklumkan yang beliau akan memberi penjelasan tentang perkahwinannya dengan Joy Revfa Sofia selepas isterinya itu meluahkan perasaan di laman sosial Instagramnya.

Jika Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin memuatnaik video lagu 'Despacito' yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu, terkini Hafiz pula dilihat telah membuang kesemua gambarnya bersama isteri dari IGnya.
Sudah tentu Hafiz mempunyai sebabnya tersendiri untuk melalukan perkara ini. Namun sudah tentu ini sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi tentang status perkahwinan mereka.
Klik untuk gambar besar

Sayang rasanya jika perkahwinan yang masih terlalu muda berakhir dengan perpisahan. Kita sama-sama doakan agar Hafiz dan Joy dapat berbincang dan bersepakat untuk mengatasi apa jua masalah yang timbul.
Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada penyanyi popular ini. Buat masa ini, kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini.



www.myartis.com / Sumber: hafiz Hamidun IG
________________________

No comments:
Post a Comment