24 August 2017

NAFI TERDESAK KAHWIN - HAFIZ HAMIDUN MAHU BUKTI KATA DIRINYA 'KUNYIT'


Kita semua sedia maklum mengenai kontroversi yang terjadi antara penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin.





Dalam pada itu, ada pendapat yang menyatakan segala kontroversi ini dapat dielakkan sekiranya Hafiz menangguhkan dulu perkahwinan kerana status Joy pada ketika itu masih samar-samar.

Menurut penjelasan Hafiz kelmarin, pernikahan diteruskan selepas mendapat perlepasan daripada majlis agama dan juga akur janji daripada Joy untuk memberikan surat penceraianya.

Hafiz berkata, segala masalah ini tidak akan timbul sekiranya Joy tidak menangguh-nangguhkan urusan dokumentasi.

"Perkara ini bukan disebabkan ada yang kata saya terburu-buru atau terdesak nak berkahwin, pada saya perkenalan lima bulan itu adalah masa yang cukup.


Klik untuk gambar besar


"Saya kenal bulan Januari, bertunang bulan Mac dan berkahwin bulan Mei. Saya fikirkan untuk bercinta selepas berkahwin dan bukan berkawan saja-saja.

"Kalau tidak melembat-lambatkan kerja itu semuanya boleh berjalan seperti biasa dan tidak terjadi isu seperti ini.

"Ini tidak, banyak sangat alasan yang diberikan (oleh Joy Refva). Saya juga tidak mendapatkan kerjasama yang baik untuk melancarkan urusan ini," ujar Hafiz.

Sementara itu, rentetan kemelut yang melanda Hafiz dan isterinya, ada sesetengah pihak yang melabelkan Hafiz sebagai 'kunyit'.



"Kalau ada pihak yang buat tuduhan seperti itu dan melabelkan saya dengan gelaran tersebut, dia perlu bertanggungjawab dan kemukakan bukti.

"Jika berlakunya unsur-unsur yang tidak tepat, saya anggap itu fitnah. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan atau saman," katanya.

Sebelum ini, Joy telah memfailkan faraq atau pembubaran pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 18 Ogos 2017. Kes akan disebut semula pada 14 September ini.

Permohonan pembubaran dibuat mengikut Seksyen 61(3)(b)(1) dan Seksyen 62(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Untuk makluman, Hafiz dan Joy telah bernikah pada 1 Mei 2017 sementara pengesahan cerai Joy untuk perkahwinannya terdahulu adalah pada 13 Julai 2017. Ini bermakna Joy masih bergelar seorang isteri ketika bernikah dengan Hafiz.

Secara jujurnya, kontroversi ini terlalu complicated kerana melibatkan banyak pihak. Biarlah pihak mahkamah yang menentukan keputusannya. Sama-sama kita nantikan.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: