23 August 2017

"DAH BULAN MADU, KENAPA RAGU-RAGU" - BEKAS SUAMI JOY REVFA


"Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.





"Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz," kata Datuk Ray Imran, iaitu bekas suami Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa yang mempersoal niat penyanyi Hafiz Hamidun.

Ray atau nama sebenarnya Mohd Rayos Abdul Rahim, kesal dirinya terpalit dalam kontroversi itu sedangkan dia sudah memberi kerjasama sebelum pasangan itu bernikah, Mei lalu.

Ray berpendapat kontroversi itu tidak sepatutnya berpanjangan jika Hafiz benar-benar mencintai Joy.

Klik untuk gambar besar


Ray turut mempersoal mengapa Hafiz merasa ragu-ragu sedangkan penyanyi itu dan Joy berbulan madu sambil menjayakan program terbitan syarikat televisyen (TV) swasta di Taiwan, baru-baru ini.

"Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang. Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi.

"Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi," ujarnya yang mengaku sebelum kontroversi tercetus, dia gembira melihat Joy sudah membina kehidupan baru.



Pada sidang media khas yang diadakan semalam, penyanyi tersebut akhirnya membuat penjelasan mengenai kontroversi perkahwinannya dengan Joy.

Antara pendedahan yang dibuat Hafiz, Joy tidak menyerahkan dokumentasi cerai (dengan suami terdahulu) walhal usahawan kosmetik itu berjanji akan menyerahkannya sebaik saja selepas mereka bernikah.

Justeru disebabkan timbul keraguan (mengenai status perkahwinan Siti Arifah terdahulu), Hafiz bertindak menjauhkan diri yang boleh menimbulkan masalah pada masa akan datang.

Akuinya, dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin dengan wanita itu sejak mereka bernikah pada 1 Mei lalu. Hafiz menganggap lebih wajar menyelesaikan masalah yang timbul sebelum menjalani kehidupan sebagai suami isteri.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: