23 August 2017
TAHNIAH - DIANA RAFAR & MON RYANTI SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEDUA
Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada buat dua pelakon wanita ini iaitu Diana Rafar dan Mon Ryanti yang telah selamat melahirkan anak kedua mereka iaitu perempuan.
Diana yang merupakan isteri kepada Zamarul Hisyam yang juga pelakon, melahirkan anak keduanya itu sejurus masuknya waktu solat Asar semalam (22 ogos 2017) di Hospital Pakar DEMC, Shah Alam.
Bayi perempuan Diana dan Zamarul yang diberi nama Kayla Reysha Zamarul itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.4 kilogram.
"Saya bertarung nyawa kira-kira sejam. Namun, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," kata Diana.
Klik untuk gmabr besar
Diana yang terkenal menerusi filem 'Susuk' berkata, sepanjang mengandungkan Kayla, beliau memang tidak ada 'mood' untuk melakukan sebarang aktiviti.
"Tapi saya banyak membaca surah Yasin dan mendengar zikir yang menyejukkan hati pada waktu malam. Kuasa Allah dengan kalimah suci yang saya amal dan bacakan cukup besar hingga dipermudahkan urusan bersalin," ujarnya.
Anak sulung Diana dan Zamarul ini bernama Kashfi Haikal kini berusia tujuh tahun.
Manakala Mon atau penuhnya Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee, 29, pula, beliau melahirkan anak keduanya hasil perkahwinan dengan Mohd Hasrul, 29, itu secara normal pada jam 11.31 malam kelmarin (21 ogos 2017).
Difahamkan, bayi perempuan seberat 3.15 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kota Kemuning, Shah Alam.
Mon melalui kiriman mesej aplikasi WhatsApp memberitahu sangat syukur ke hadrat Yang Maha Esa yang mempermudahkan segala urusannya.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin Allah SWT, saya selamat melahirkan bayi kedua. Bayi dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Saya pun dalam keadaan baik," tuturnya.
Pelakon drama '#Assalammualaikum Cinta' ini turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan dan kenalan yang banyak memberi sokongan dan mengirim doa buatnya.
"Terima kasih juga kepada suami tercinta, Mohd Hasrul Ali yang setia menemani di sisi," katanya.
Sebelum ini, Mon dan suami yang bernikah pada September 2014 itu dikurniakan anak lelaki, Muhammad Hayder Hayyan, 2.
Mon pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan banyak membintangi filem iaitu 'Hantu Dalam Botol Kicap', 'Senario Beach Boy', 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang', 'Nongkrong' dan 'Jangan Pandang Belakang Congkak'.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment