23 August 2017

DISURUH NYANYI PAKAI TUDUNG: " SAYA GILA ATAU MEREKA" - SAHARA YAACOB


"Saya seorang penyanyi dan saya dikenali dengan rambut saya. Mereka mahu saya pakai tudung? Pernah kita dengar dan lihat Tina Turner menyanyi pakai tudung?





"Mereka mahu membuang identiti saya. Mereka mahu mengawal saya dan bidang saya. Siapa mereka, mahu campur hal saya?," demikian kata penyanyi veteran Sahara Yaacob apabila disuruh memakai tudung ketika membuat persembahan.

Untuk menjana pendapatan, Sahara telah membuat persembahan pentas dan khabarnya dia tidak mengenakan tudung dalam persembahannya itu.

Sahara yang mendapat jolokan 'Tina Turner Malaysia' berkata memang sepatutnya dia berpenampilan rambut sebegitu kerana penampilannya menyebabkan dia dikenali dalam dunia seni.

Sahara bagaimanapun memberitahu bahawa beliau sekadar menggunakan rambut palsu sahaja dan masih mengenakan anak tudung di bahagian dalam rambut palsu itu.

Klik untuk gambar besar


Kembali dengan imej rambut mengerbang dalam satu persembahan pentas hujung tahun lalu, Sahara berkata keputusannya itu telah menerima kritikan orang ramai.

"Saya sudah berada dalam industri ini lebih 40 tahun. Saya berkecimpung sejak 1968. Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?

"Ya, agama itu penting. Tetapi agama itu antara kita dengan Tuhan. Tidak perlu berlakon untuk menjadi alim. Allah lebih tahu.

"Kalau hati tidak betul, pakai serban sebesar rumah pun tiada makna. Allah tidak pandang serban atau tudung kita. Dia pandang hati yang bersih.



"Jadi tolong jangan tunjuk pandai dengan saya. Saya tidak mahu orang bercakap yang bukan-bukan dengan saya. Saya sudah masak untuk itu.

Terdahulu, Sahara mendapat perhatian kerana dikatakan hidup daif setelah berpisah dengan suaminya. Dia menginap di sebuah bilik stor di Hulu Langat yang bersambung dengan kediaman arwah kakaknya, yang dibina sejak tahun 1985.

Sahara membuat kemunculan semula tahun lalu selepas mendapat pendedahan media mengenai kesusahan hidupnya setelah berpisah dengan bekas suami berbangsa Arab yang berusia 20 tahun lebih muda darinya.

Beliau dikenali sebagai penyanyi yang bersuara unik serak basah dan mantap, dan lagunya yang popular ialah 'Peronda Jaket Biru', juga pernah dinyanyikan oleh kumpulan Wings.

www.myartis.com / Sumber: MMO


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: