25 August 2017

'PENAT' 3 KALI KAHWIN - FAIZAL AF4 MAHU FOKUS PADA DIRI SENDIRI


"Jujurnya 'penat' dah berkahwin tiga kali dan buat masa sekarang saya tidak fikir soal itu. Apa yang saya pentingkan sekarang adalah karier nyanyian dan perniagaan yang saya jalankan buat masa ini.





"Soal kahwin biarlah dahulu lagi pun saya sudah melalui tiga perkahwinan sebelum ini dan sudah tiba masanya saya fokus kepada diri sendiri pula," kata juara Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Faizal Ramly, 33.

Akui berasa 'penat' dan tidak berhasrat kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, Faizal yang pernah gagal dalam perkahwinan sebanyak tiga kali itu berazam untuk memberi fokus kepada karier nyanyiannya yang semakin malap dan membina kembali namanya dalam industri hiburan.

Sementara itu, Faizal mengakui semenjak bercerai dengan Sahidatul Najiha Ibrahim pada Disember tahun lalu, dia pernah didekati beberapa wanita yang ingin berkawan dengannya namun dia menolak secara baik.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, itu bukan bererti dia menutup pintu hatinya untuk kembali berkahwin sebaliknya meletakkan soal itu kepada jodoh dan ketentuan Tuhan.

"Memang ramai yang cuba tetapi soal hati dan perasaan saya ketepikan buat seketika. Tetapi tidaklah saya langsung tidak mahu kembali berkahwin tetapi soal jodoh ini tiada siapa tahu dan kalau ada rezeki tidak akan ke mana," jelasnya.

Dalam perkembagan terbaru, Faizal teruja dapat kembali bertanding bersama rakan-rakan lain daripada program Akademi Fantasia dan berazam untuk kembali memberi saingan sengit kepada semua peserta dalam pertandingan 'AF Megastar'.



Akui berasa berdebar namun dia melihat ia dari sudut positif dan yakin menerusi penyertaan dalam program itu ia dapat memberi tambah nilai dalam menaikkan kembali namanya dalam kalangan peminat.

"Apa sahaja kritikan yang diberikan saya akan terima dan sudah bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. Ini peluang saya untuk membuktikan bakat diri dan Insya-Allah akan buat yang terbaik pada pertandingan itu nanti," tuturnya.

AF Megatstar bakal menyaksikan 24 perserta termasuk lapan bekas juara sepanjang AF1 hingga AF2016 bakal berentap bagi merebut gelaran juara yang bakal memulakan siaran bermula 3 September ini.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: