25 August 2017

HAFIZ HAMIDUN DITEGUR IMAM BESAR, BERTINDAK SUDAH SEPARUH JALAN


Kes penyanyi Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin telah mendapat teguran dari Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin





Ustaz Hazaruddin berkata, seharusnya Hafiz mengambil tindakan segera selepas berasa curiga terhadap perkahwinannya dengan Joy tanpa perlu menunggu masa lebih tiga bulan.

Katanya, mengambil tindakan apabila perkahwinan berkenaan sudah separuh jalan adalah tidak wajar.

"Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.

"Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.

"Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Beliau mengulas tentang kemelut rumah tangga Hafiz dan Joy yang dikatakan tidak sah apabila usahawan kosmetik berkenaan gagal memberikan surat cerai perkahwinan pertamanya selepas mereka berkahwin pada 1 Mei lalu.

Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Permohonan itu dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

Sementara itu, ditanya tentang sama ada betul atau tidak tindakan Hafiz meninggalkan isterinya, Ustaz Hazaruddin berkata, tempoh masa yang agak lama diambil oleh penyanyi itu juga tidak adil buat isterinya.



Tambahnya, tindakan Hafiz melambatkan proses faraq dibimbangi menjadi ikutan kepada orang lain yang tidak mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan perkahwinan.

"Dia seorang selebriti, apa yang dia lakukan akan menjadi ikutan masyarakat. Apa yang kita bimbang pekara seperti ini menjadi ikutan oleh orang lain yang ingin bercerai cara mudah," ujarnya.

Hafiz dan Joy bertunang pada 23 Mac 2017 sebelum diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Sungguh jelas penerangan Imam Besar Masjid Putrajaya ini. Cuma satu menjadi persoalan orang ramai ialah bagaimana Majlis Agama Daerah Petaling Jaya boleh membenarkan perkahwinan Hafiz dan Joy berlangsung sekiranya tiada bukti penceraian?

Kita harus mendengar hujah yang digunakan oleh pihak terbabit. Ramai yang ingin juga tahu kenapa kebenaran bernikah dikeluarkan. Itu persoalan paling utama.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: