21 August 2017

PERKAHWINAN (1 MEI 2017) - HAFIZ HAMIDUN & JOY REVFA MOHON DIBUBARKAN


Nampaknya isu rumah tangga antara penyanyi Hafiz Hamidun, 33, dan isterinya, Joy Revfa, 30, memasuki episod baharu.





Ini kerana pagi tadi, usahawan kosmetik itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi melengkapkan beberapa dokumen selepas memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan pada Jumaat lalu.

Joy hadir di mahkamah ditemani ibu (Sofia Abbas), kakak (Dyana Sofia) serta adik lelakinya (Mohd Zarif). Manakala Hafiz,  dia juga dilihat hadir ke mahkamah dengan membawa borang.

Setelah selesai urusan di mahkamah, Joy telah membuat kenyataan pada pihak media bahawa:-

1) Hafiz Hamidun telah memfailkan pembatalan perkahwinan mereka

2) Dakwaan kakak Joy bahawa mereka duduk sebumbung hanya enam hari ialah benar.

Klik untuk gambar besar


3) Pada 23 Mei selepas berbulan madu dan menjalani penggambaran untuk rancangan Romantika di Taipei, Hafiz Hamidun datang ke rumah mereka dan mengatakan perkahwinan mereka adalah tidak sah.

4) Hafiz didakwa berkata begitu kerana urusan perceraian Joy bersama bekas suaminya masih belum selesai.

5) Bagaimanapun Joy mendakwa semua telah diselesaikan kerana permintaan Hafiz yang mahukan perkahwinan mereka berlangsung segera.

Dakwaan tersebut muncul kerana Hafiz menyangka perkahwinan mereka tidak sah kerana urusan Joy bersama bekas suami masih lagi tidak selesaikan.

Namun menurut Joy segalanya telah selesai kerana Hafiz mahukan perkahwinan mereka berlangsung secepat yang mungkin.



Tambah beliau, hanya Hakim Syarie yang mempunyai kuasa untuk sah dan batalkan sesuatu perkahwinan.

Joy hadir ke mahkamah hari ini bagi pengesahan perkahwinannya dengan Hafiz kerana ingin menuntut hak sebagai seorang isteri dan wanita. Joy juga masih ingin menyelamatkan perkahwinannya dengan Hafiz yang baru berusia tiga bulan.

"Saya datang sini untuk berdamai dan bukan untuk bergaduh atau berbalah dengan suami. Apa yang saya lakukan untuk pertahankan hak sebagai isteri dan wanita yang teraniaya.

"Saya nak buktikan perkahwinan kami ini sah, bukan seperti Hafiz katakan. Saya nak tuntut keadilan

"Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.



"Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.

"Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah," kata Joy ketika ditemui selepas prosiding mahkamah, hari ini.

Dalam masa sama, Joy berkata, selepas mendakwa pernikahan mereka tidak sah, Hafiz tidak lagi menganggap dirinya sebagai isteri.

"Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita," ujar Joy yang ditemani peguam syarie Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan.

Joy berkata, dia terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka yang dibina pada 1 Mei lalu dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.



Permohonan dibuat mengikut Seksyen 61 (3)(b)(1) dan Seksyen 62(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Joy mendakwa, Hafiz ada berjumpa dengannya pada 23 Mei 2017 iaitu hampir sebulan berumah tangga dengan memberitahu perkahwinan mereka tidak sah.

"Selepas tarikh itu dia mengabaikan saya dan saya rasa macam teraniaya," jelasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Nur Hafiz berkata, mahkamah menetapkan 14 September depan untuk mendengar permohonan yang dibuat pihaknya.

Katanya, pihak beliau akan mengemukakan beberapa dokumen bagi membuktikan perkahwinan yang dibina itu sah.



Sementara itu, difahamkan, konflik rumah tangga antara Hafiz dan Joy timbul apabila status perceraian wanita itu dengan bekas suaminya sebelum ini tidak jelas sama ada ia sah ataupun tidak.

Disebabkan berasa curiga atas perkara itu, Hafiz tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai suami dan perkara itu perlu dirujuk kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum hakim membuat keputusannya.

Untuk makluman, Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz. Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.


www.myartis.com / Sumber: mStar, Berita Harian & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: