22 August 2017

JOY 'MASIH ISTERI' SEMASA NIKAH: "IKUT FAKTA BUKAN EMOSI" - HAFIZ HAMIDUN


Isu sebenar yang melanda rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin sehingga kini masih lagi keliru.





Namun terbaru, portal My News Nation Malaysia mempunyai satu laporan eksklusif mengenai dokumen perceraian perkahwinan Joy dengan suami sebelum ini.

Menurut mereka, berdasarkan satu dokumen mahkamah, status Joy sebagai isteri orang masih lagi sah ketika dia melangsungkan pernikahan dengan penyanyi, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017.

Melihat pada dokumen yang sama mengesahkan perceraian antara Siti Arifah dan bekas suaminya hanya berlaku kira-kira selepas dua bulan wanita tersebut bernikah dengan Hafiz iaitu pada 13 Julai 2017.

Joy dikatakan telah hadir sendiri ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 8 Ogos lalu dan mengemukakan Surat Akuan Cerai Taklik dari Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.

Klik untuk gambar besar


Surat itu mengesahkan bahawa telah tertaklak Joy, 30 dengan Mohd Rayos, 46, dengan satu talak pada tarikh 13 Julai 2017.

Menurut sumber-sumber itu lagi, Joy hanya membuat aduan taklik kepada Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla penghujung Mei iaitu hampir sebulan selepas bernikah dengan Hafiz.

Lantaran dari keraguan terhadap status pernikahan mereka, Hafiz dikatakan bertindak mengasingkan diri dari Joy sejak pernikahan pada 1 Mei lalu bagi mengelak sebarang kesulitan.

Sementara itu, Joy pula tidak mendedahkan mengenai penceraiannya yang tidak didaftarkan kepada Pejabat Agama Wilayah Songkhla dimana tempat beliau dan bekas suami bernikah sebelum ini.



Joy dikatakan hadir ke Pejabat Agama Islam Petaling untuk mengemukakan surat keterangan hanya selepas menerima surat pengesahan dari bekas suami.

Bagaimanapun, Joy sebelum ini pernah menyatakan kononnya surat cerai beliau dan bekas suami di dalam proses dikeluarkan sebelum perkahwinannya dan Hafiz dilangsungkan.

Namun dimaklumkan Joy hanya membuat permohonan untuk bercerai dengan suami terdahulu secara taklik sahaja, itu pun selepas sebulan berkahwin dengan Hafiz.

Lebih menariknya, ketika Joy membuat permohonan untuk bernikah dengan Hafiz, beliau telah menandakan ruang 'tidak pernah berkahwin' sebagai status dirinya.



Tidak pasti jika betul ini adalah sebab Hafiz tidak memberikan nafkah zahir dan batin, tetapi masuk akal juga bila difikirkan mengapa Hafiz tidak sebumbung dengan isteri.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu bahawa beliau terkejut apabila Joy menfailkan permohonan pembubaran perkahwinan mereka terlebih dahulu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan permohonan sama.

Malah Hafiz juga tidak menyangka isterinya memanggil media biarpun sudah bersetuju untuk berbincang dengan baik.

"Kehadiran saya ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi ini (21 Ogos 2017) bagi mengikut prosedur memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan, tetapi tidak dapat didaftar kerana berlaku pertindihan permohonan.



"Tanpa pengetahuan saya, dia terlebih dulu memfailkan permohonan sama Jumaat lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Mahkamah tidak boleh menerima dua permohonan daripada mahkamah berbeza.

"Seperti yang dipersetujui bersama, kami sebenarnya mahu menyelesaikan masalah ini secara baik tetapi nampaknya dia memulakan kenyataan umum menerusi sidang media.

"Jadi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu ini. Saya akan memberi kenyataan selepas mendapat keputusan mahkamah. Kenyataan itu hanya berdasarkan fakta dan bukan emosi," jelas Hafiz.

Pagi semalam menerusi beberapa media, Joy memberitahu ingin membubarkan perkahwinan beliau dan Hafiz kerana mendakwa penyanyi itu tidak memberikan nafkah zahir dan batin kerana status perkahwinannya sebelum ini.

Manakala Hafiz enggan memberikan komen lanjut kerana tidak mahu menganggu proses mahkamah.


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, My News Nation Malaysia & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: