22 August 2017

KES RUMAH TANGGA EZLYNN & SUAMI BELUM TEMUI NOKTAH


Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam, membubarkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) penyanyi lagu 'Hi Hi Bye Bye', Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy Shamsuddin berhubung kes penceraian mereka selepas kemelut rumah tangga pasangan ini masih belum menemui jalan penyelesaian.





Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed membuat keputusan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, selaku plaintif memohon kes cerai itu didengar ke peringkat timbang tara (hakam).

Terdahulu, peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad yang mewakili Ezlynn menyifatkan bahawa proses JKP adalah pengulangan perkara yang sama manakala hakam boleh menjadi ruang terakhir untuk kedua-dua pihak berbincang.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 September depan Ezlynn dan Adam bagi melantik wakil lelaki dalam peringkat hakam nanti.

Klik untuk gambar besar


Hakam adalah satu proses yang diperuntukkan di bawah Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 di mana mahkamah mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pihak-pihak terbabit untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri itu.

Kedua-dua pihak yang sebelum ini diarah sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) telah berkahwin pada 20 November 2011.

Pada 20 April lalu, Ezlynn memfailkan permohonan cerai cara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: