22 August 2017

BINTANG AF BAKAL KEMBALI BERENTAP DI 'AF MEGASTAR'


Program realiti terbaru terbitan Astro iaitu Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar), difahamkan akan memulakan siarannya pada September ini menampilkan 24 peserta daripada 13 musim program berkenaan.





Hanya lapan bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu bakal menyertai program realiti terbaru tersebut.

Menurut sumber, bekas juara yang bakal bersaing kembali ialah Zahid (AF2), Faizal (AF4), Milla (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016).

Enam belas peserta lain ialah Rosma (AF1), Anding (AF2), Adam (AF2), Bob (AF2), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).

Klik untuk gambar besar


"Semua peserta berkenaan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama, manakala bakinya bakal menjayakan persembahan pada konsert minggu kedua.

"Persembahan ala prelude ini diberi nama Konsert AF Homecoming. Pada penghujung konsert minggu kedua nanti, 12 peserta yang layak untuk mara ke minggu ketiga akan diumumkan.

"Bermula pada minggu ketiga, setiap peserta terpilih akan berentap hinggalah ke minggu kelapan sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai juara dan menggalas gelaran AF Megastar," kata sumber terbabit.



Persembahan peserta akan diadili oleh dua juri profesional iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi yang juga guru vokal, Syafinaz Selamat. Seorang juri jemputan akan diundang pada setiap minggu persembahan.

Bagi konsert prelude, pemarkahan adalah daripada juri profesional sepenuhnya, manakala pada konsert mingguan, sebanyak 60 peratus markah finalis adalah daripada juri profesional, manakala 40 peratus lagi hasil undian SMS dan secara online.

Difahamkan, tiada tenaga pengajar disediakan penganjur bagi program istimewa ini memandangkan semua peserta sudah bergelar penyanyi profesional.

Sama seperti program Gegar Vaganza, peserta bakal diberikan lagu mengikut tema disediakan bagi setiap minggu pertandingan.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: