22 August 2017

SITI NURHALIZA & SUAMI SAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-11


Pada tanggal 21 Ogos 2006 merupakan tarikh dimana Datuk Siti Nurhaliza, 38, dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), 58, disatukan sebagai suami isteri dan semalam Datuk Siti dan suaminya telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-11.





Diminta mengulas sisi peribadi isterinya, Datuk K menyifatkan kehadiran Siti selama 11 tahun sebagai suri hati dalam hidupnya merupakan anugerah terbaik pernah beliau miliki.

Datuk K berkata, keprihatinan dan sikap ambil berat Siti yang pernah menjaganya ketika dia terlantar sakit antara yang tidak akan dilupakannya selagi hayat dikandung badan.

"Beliau isteri hebat dan terbaik. Siti sentiasa sabar dan menjaga saya (sewaktu sakit) dengan penuh ketabahan.

Klik untuik gambar besar


"Beliau juga menjadi penyejuk jiwa dan setia mendampingi saya sama ada dalam susah ataupun senang," luah Datuk K.

Pengorbanan yang dimaksudkan Datuk K itu ketika beliau terlantar sakit selepas mengalami kecederaan parah kerana terlibat dalam kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 2012.

Manakala Datuk Siti pula memberitahu kebahagiaan rumah tangga yang dibina selama 11 tahun itu adalah atas dasar sifat toleransi, percaya dan kesabaran yang dipupuk dalam hubungan perkahwinan berkenaan.



Kata Siti, sebagai manusia biasa, dia dan suami juga tidak terlepas dengan salah faham, namun perkara yang dilalui itu mematangkan hubungan tersebut.

"Di sini apa yang boleh saya katakan, kebahagiaan yang saya dan suami terima pada hari ini adalah berkat sifat toleransi, percaya dan kesabaran yang kami sama-sama praktikkan selama 11 tahun melayari bahtera rumah tangga.

"Jika ada perkara yang tidak disenangi saya dan suami berbincang dari hati ke hati dan kami tidak sesekali membuntukan lagi keadaaan," kata Datuk Siti.



Sementara itu, Datuk Siti berkata, dia akan mengutamakan waktu untuk berdua dan bercuti bersama suami.

Malah adakalanya kesempatan menonton wayang menjadi satu bentuk terapi diri yang dipercayai menjadi penyatu kebahagiaan mereka seisi keluarga.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah sambutan ulangtahun perkahwinannya pada kali ini menjadi sesuatu yang lebih istimewa iaitu tentang kehadiran 'orang baru' dalam keluarganya, beliau meminta agar peminat terus mendoakan rezeki tersebut.

"Doakan agar hubungan kami terus dirahmati Allah dan kami menghargai setiap doa-doa kalian buat kami," tuturnya yang bernikah dengan Datuk K di Masjid Wilayah Perseketuan.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Siti Nurhaliza IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: