23 August 2017

HAFIZ HAMIDUN DAKWA ISTERI SERING ELAK: "AKAN DEDAH SEGALA BUKTI" - JOY REVFA


Petang semalam, penyanyi Hafiz Hamidun telah melakukan sidang media bagi menjelaskan bahawa Joy Revfa pernah berkahwin di Thailand bersama bekas suami, namun masih belum ada surat penceraian yang sah selepas beliau diceraikan melalui aplikasi Whatsapp.





Dalam sidang media tersebut, Hafiz memberitahu bahawa beliau sering meminta Joy menyelesaikan masalah surat perakuan cerai tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan di masa depan namun Joy sering mengelak dan memberikan alasan.

Kata Hafiz, perkahwinan diantara mereka diteruskan di atas surat perakuan janji untuk Joy mendapatkan surat cerai itu selepas akad nikah mereka.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, oleh kerana Joy sering memberikan alasan dan mengelak, timbul rasa keraguan di dalam dirinya sekaligus mengajak Joy untuk ke Songkhla bersama-sama.

Klik untuk gambar besar


Ia bagi menyelesaikan urusan cerai taklik Joy dan bekas suaminya di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Permohonan cerai taklik Joy diterima dan disahkan pada 13 Julai.

Manakala pada 8 Ogos pula pasangan itu telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surah pengesahan tersebut.

Namun hasil siasatan mendapati Joy masih dalam ikatan perkahwinan dengan suami terdahulu ketika mereka bernikah pada 1 Mei. Setelah perbincangan dengan pihak mahkamah, Hafiz membuat permohanan pembubaran perkahwinan.

Secara ringkasnya dan senang untuk difahami bersama, perkahwinan Hafiz dah Joy difahamkan tidak sah kerana status Joy sebagai isteri orang masih sah ketika mereka berkahwin.



Malah dalam masa yang sama, Hafiz menafikan dakwaan isterinya bahawa mereka pernah melakukan hubungan suami isteri sepanjang berkahwin kerana perasaan ragu mengenai status Joy.

Hafiz turut tidak akan mengeluarkan kenyatan untuk menghormati kredibiliti dan kearifan pihak peguam. Dia turut menafikan kenyataan Joy mengatakan dia tidak berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka. Hafiz turut yakin perkahwinan ini tidak sah.

Sementara itu, seperti yang dijangka selesai sahaja sidang media yang dilakukan Hafiz semalam, pasti akan ada komen balas dari Joy pula.

Enggan mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya, Joy dalam masa yang sama berasa kecewa apabila suaminya mempertikaikan permohonan cerai faraq yang diserahkan ke pejabat agama pada 18 Ogos lalu.



"Saya kecewa apabila dokumen yang dibawa bertemu pihak media semalam dipertikai. Buat masa sekarang peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai.

"Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah," kata Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin.

Hafiz pada sidang media semalam, terkilan apabila persetujuan bersama diantara mereka dilanggar apabila Joy terlebih dahulu menghantar surat permohonan pembubaran perkahwinan mereka sehingga proses mahkamah bertindih.

Manakala Hafiz juga menafikan dakwaan Joy bahawa mereka telah melakukan hubungan suami isteri sepanjang berkahwin.



Manakala disebalik badai yang melanda rumah tangga pasangan ini, ada pula mulut mengatakan ini hanyalah salah satu strategi pemasaran perniagaan Joy untuk lebih menonjol.

Berang dengan tuduhan itu, Joy meminta orang ramai supaya menghentikan tuduhan tersebut dan menegaskan soal maruah dan perkahwinan bukanlah suatu isu yang boleh dipermainkan.

"Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan. Ini hal perkahwinan dan membabitkan maruah saya. Ia tidak ada kaitan dengan pemasaran perniagaan atau sengaja mencetus sensasi.

"Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala bukti dan maklumat yang ada. Di mahkamah nanti saya akan cerita lebih lanjut," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: