05 August 2017

SEDIA 'BUKA MULUT' - AFIFAH NASIR AKUI KINI TENGAH SIBUK


Selepas terpalit insiden perosak rumah tangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, ramai tertanya-tanya di mana 'hilangnya' aktres Afifah Nasir?





Ramai netizen membuat andaian yang kononnya pelakon ini cuba melarikan diri daripada berkata sesuatu selepas Aliff mengaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah.

Ketika orang masih berteka-teki dimanakah 'hilangnya' adik kepada pelakon Anzalna Nasir, aktres cantik itu bersedia untuk berhadapan realiti tersebut.

Afifah, 24, berkata, dia akan membuat satu kenyataan bagi merungkai persoalan berkenaan namun mahu diberikan sedikit masa.

"Fifa memang akan keluarkan kenyataan cuma sekarang tengah sibuk sikit. Maaf sangat," ujarnya ringkas yang sedikit sebanyak dapat menjawab pertanyaan netizen.

Klik untuk gambar besar


Malah sebelum itu pelakon drama bersiri 'Izinkan Aku Mencintaimu' ini pernah menyatakan kesudiannya untuk berkongsi perkembangan mengenai perkara itu bagaimanapun sehingga kini dia dilihat masih berdiam diri.

Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan apabila penyanyi yang berasal dari Singapura ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Aliff dalam sidang media yang diadakan pada 31 Julai lalu mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Bella dan pihak-pihak yang terasa hati.




www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: