04 August 2017

SENIMAN BUAT LAPORAN POLIS: "SIAPA MULA DULU" - NICK MIKHAIL


"Siapa yang mula dulu sekarang? Kalau dia tak ketuk gendang, saya tak menari. Awalnya saya cuba untuk cool dan tidak mahu ambil 'pot' (kisah).





"Tapi bila tiba satu part dia mengeluarkan kenyataan lebih kurang berbunyi 'Lu buat sekali lagi, wa cari lu sampai dapat wa dapat wa bunuh', saya rasa itu sudah melampau.

"Itu ayat selalu digunakan samseng dan sebagai rakyat Singapura saya rasa saya bertanggungjawab untuk menengur dengan cara yang sama," kata artis dari Singapura iaitu Nick Mikhail Razak yang menganggap Presiden Seniman, Zed Zaidi tidak profesional dalam tugasnya kerana bertindak seperti seorang samseng.

Nick berkata, dia tidak berpuas hati dengan cara Zed Zaidi memberi nasihat dalam satu rakaman video ketika disiarkan sebuah blog hiburan mengenai isu rumah tangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video berdurasi 48 minit yang dimuatnaik ke laman Facebook miliknya sekitar pukul 2 pagi, Jumaat.

Klik untuk gambar besar


Nick yang sudah 17 tahun melibatkan diri dalam dunia lakonan Singapura berkata yang beliau tidak pernah mempunyai masalah dengan Seniman dan artis-artis di Malaysia melainkan dengan Zed sahaja.

Ujarnya lagi, selagi Zed tidak menarik balik kenyataannya yang dibuat seperti gangster terhadap Aliff yang juga artis dari Singapura, selama itu dia tidak akan memaafkan perbuatan itu.

"Saya tak benci orang Malaysia, saya tak benci Seniman malah dalam video saya tidak ada pun kutuk Seniman atau sesiapa dan teguran itu hanya untuk Zed Zaidi. Ada yang sifatkan ia berbaur ugutan, sedangkan pada saya ia hanya satu teguran.

"Mungkin penggunaan bahasanya kasar di mana saya menggunakan bahasa-bahasa yang sering digunapakai samseng, ditambah pula dengan imej saya sebegini maka ia disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Saya bertindak begitu pun kerana mengikut cara dan rentak Zed Zaidi menegur Aliff," katanya.



Dalam pada itu, Nick yang pernah mendatar sebagai ahli Seniman pada 2003 bagaimanapun memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia jika apa yang dilakukannya mengguris perasaan namun tindakan itu hanyalah dibuat untuk Zed Zaidi.

Di satu sisi katanya, dia tidak mengatakan Aliff tidak bersalah namun penyanyi tersebut sudah membuat sidang media secara terbuka dan mengakui kesilapannya maka Zed sebagai orang yang profesional harus bertindak dengan cara yang betul untuk menegur.

Tambah Nick yang pernah berlakon bersama filem 'Bicara Hati' arahan Datuk Rosnani Jamil sekitar tahun 2004 ini lagi, dia menyerahkan kepada pihak polis Malaysia untuk menentukan sama ada dia bersalah atau tidak selepas pihak Seniman membuat laporan.



Pada Khamis lalu, persatuan Seniman telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati terhadap Nick kerana didakwa menggugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed dalam rakaman video dibuatnya.

Laporan polis dibuat oleh Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman iaitu Datuk Subash Sundaramoorthy.

Subash berkata, pihak Seniman terpanggil untuk membuat laporan polis itu selepas merasakan tindakan Nick itu melampau sehingga mencalarkan kredibiliti Zed.

Malah kata Subash, ia bukan kali pertama individu itu menyelar Zed Zaidi dan pihaknya sebelum ini hanya berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.




www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: