08 September 2017

13 GAMBAR - DATUK ALIFF & ISTERI AMBIL ANAK ANGKAT PEREMPUAN


Jika sebelum ini pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri mengambil anak angkat lelaki bernama Aliff, terkini beliau dan isterinya, Datin Nur Shahida telah mengambil seorang lagi anak angkat iaitu seorang perempuan yang baru sahaja dilahirkan.





Difahamkan, ibu kandung bayi tersebut merupakan orang Melayu berketurunan medan Indonesia manakala ayahnya pula Pakistan.

Datuk Aliff telah menamakan bayi yang baru sahaja dilahirkan itu dengan nama Ameena Aliff Syukri selepas meminta pendapat pengikut Instagramnya.

Apa yang menariknya, Datuk Aliff telah membuka akaun Instagram buat Ameena iaitu 'babyterlajaklaris'.

"Pilih hanya 1 pilihan... Sedap nama yang mana satu Sumyya Aliff Syukri atau Amena Aliff Syukri?? Konfius lah abah saya nak pilih nama saya yang mana satu.

Klik untuk gambar besar


"Nanti aci-aci akak-akak semua tolong undi tau undian yang paling banyak nanti abah saya akan Taruk nama saya tak surat beranak terima kasih semua muah sikit 😘😘," tulis Datuk Aliff di IG anak angkatnya sebelum ini.

Ramai yang memuji wajah comel anak kecil ini apabila gambarnya dikongsikan di laman Instagram.

Terbaru, Datuk Aliff ada berkongsi sebuah video menunjukkan cara membasuh uri bayi dan perkongsian ini telah menarik perhatian netizen.

"Niat kami untuk mengambil @babyterlajaklaris anak angkat telah termakbul, saya menanti nanti kelahiran anak ini sejak dari dalam kandungan ibunya ketika 4 bulan...



"Mungkin ramai yang bertanya mengapakah ibu dan bapanya sanggup menyerahkan anak kecil ini kepada kami tetapi cukuplah saya memberitahu bahawa mereka mengalami kesempitan hidup dan tidak mampu membesarkan bayi ini.

"Pengalaman membawa ibu bayi ini untuk rutin pemeriksaan setiap minggu membuatkan saya mengetahui perkembangannya sejak dari dalam kandungan dan saya sendiri yang membeli barangan kelengkapan bayi ini dan tidak sabar menunggu kelahirannya," kata Aliff di IGnya.

Apapun, semoga bayi ini membesar dengan sihat di samping ibu bapa angkatnya yang tercinta.






















www.myartis.com / Sumber: Datuk Aliff Syukri IG & @babyterlajaklaris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: