08 September 2017

ENGGAN HIPOKRIT - SITI SAERAH BUKA TUDUNG


"Saya bukan manusia sempurna. Saya juga ada banyak kekurangan. Lagi pun, saya tidak mahu tipu diri sendiri. Pada mulanya keluarga bertanyakan mengenai keputusan saya ini.





"Dalam masa sama, Kak Siti juga bertanya sama ada saya masih bertudung atau tidak. Ini kerana terlalu banyak yang bertanya dan keliru.

"Jadi saya berterus-terang sahaja," kata adik kepada penyanyi Siti Nurhaliza, Siti Saerah Tarudin, 34, mengenai keputusannya untuk membuka tudung awal tahun lalu.

Kata Saerah, meskipun tindakannya itu telah membuatkan peminatnya terkejut, dia tidak mahu bersikap hipokrit dan adalah lebih baik dia muncul dengan imej sebenar.

Klik untuk gambar besar


"Saya yang pilih jalan ini, jadi saya sedia terima segala kritikan dan komen orang. Dalam perkara ini saya tidak menyalahkan sesiapa. Apa pun saya sentiasa mencari yang terbaik untuk diri sendiri.

"Ini kali pertama saya muncul dengan imej sebegini di hadapan media dan rasanya saya perlu tampil tanpa perlu berselindung.

"Bila saya muncul dengan imej tanpa berhijab begini, saya terima pelbagai komen positif dan negatif, bagaimanapun saya menerima semua komen tersebut dengan hati terbuka.

"Saya bukanlah manusia yang sempurna cuma harapan saya peminat dapat mendoakan yang terbaik," ujarnya yang juga seoarng penyanyi seperti kakaknya.



Sementara itu, Saerah memberitahu dia sudah menemui pengganti yang juga seorang kenalan lamanya setelah tiga tahun bercerai.

Saerah berkata, dia kembali bertemu dengan Shahidan Johari, 30, sejak tahun lalu sebelum hubungan itu bertukar akrab.

"Dia (Shahidan) adalah kekasih dan pemangkin semangat saya dan sebenarnya kami sudah mengenali sejak 2009 namun hubungan itu terputus selepas saya berkahwin.



"Sebagai wanita semestinya saya mahukan seorang lelaki bergelar suami tapi semuanya bergantung pada jodoh dan takdir, lagi cepat lagi bagus," jelasnya.

Menerusi perkahwinan bersama Saiful Anuar Ahmad Shafie sebelum ini, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.

Dalam perkembangan yang sama, Saerah muncul dengan single baharu berjudul 'Hanya Restu' ciptaan Sharon Paul dan Fedtri Yahya.

Lagu tersebut merupakan single terbaharu Saerah dan berharap peminat dapat menyokong perjalanan karier seninya.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: