07 September 2017

AL-FATIHAH - 'PAK JABIT' KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pada jam 7.10 pagi tadi, pelakon veteran yang popular dengan watak 'Pak Jabit' dalam filem 'Hantu Kak Limah' iaitu Man Kadir Samsi telah menghembuskan nafas terakhirnya.





Difahamkan, Man Kadir meninggal dunia dipercayai berpunca daripada masalah jantung ketika sedang mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Lanchang, Pahang.

Berita kematian Man Kadir dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya.

Cucu Allahyarham, Zakiah Razali, memberitahu bahawa arwah ada mengirim mesej kepadanya malam tadi, mengadu mudah letih sejak kebelakangan ini.

"Tidak sangka itu adalah mesej terakhir sebelum arwah atuk meninggal dunia. Doktor mengesahkan atuk sudah tiada sebaik dibawa ke klinik pagi tadi.

Klik untuk gambar besar


"Setahu saya, atuk tidak mempunyai masalah jantung. Jenazah atuk akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Lanchang, hari ini sebaik semua urusan selesai," katanya.

Selain Hantu Kak Limah, Man Kadir turut dikenali dalam filem Zombi 'Man Laksa', 'Kampung Pisang', 'Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel' dan banyak lagi.

Allahyarham terkenal sebagai pelakon pembantu dalam filem-filem tersebut yang dibarisi pelakon popular seperti Awie dan Allahyarham Zami Ismail

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, selepas solat zohor hari ini.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: