07 September 2017

'SINDIR' FATTAH TAK BOLEH BERJEMUR - NABIL DIHENTAM PEMINAT


"Fuhh power!! Level Hollywood! Macam ni laaa baru artis!!," demikian 'gurauan' pelawak dan pengacara Nabil Ahmad di Twitter terhadap pelakon Fattah Amin yang tak boleh berjemur.





Bagaimanpun, gurauan tersebut telah memakan diri Nabil apabila menjadi sasaran kemarahan peminat Fattah yang tidak berpuas hati selepas dia dikatakan menyindir pelakon sensasi itu.

Peminat bertindak mempersoalkan tujuan Nabil 'menyerang' pelakon kesayangan mereka tambahan pula Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan buruk terhadapnya yang juga pengacara program MeleTOP.

Ada pula menganggap Nabil sengaja memerli Fattah kerana sikap dengki terhadap pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu. Lebih teruk, rata-rata meminta Nabil mengubah sikapnya memandangkan dia sudah bergelar Haji.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, ada juga peminat yang meminta agar Fattah tidak menghiraukan sindiran itu dan tidak memperdulikan semua kata-kata negatif terhadapnya.

Sementara itu, ada juga netizen yang menyokong kenyataan Nabil itu dan menganggap peminat Fattah sebagai hati tisu apabila tidak boleh menerima gurauan.

Fattah dalam kenyataannya sebelum ini berkata, dia yang mewakili lapan jenama produk kecantikan dan kesihatan tidak boleh berjemur kerana bimbang ia akan merosakkan kulit demi menjaga kliennya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: