Akibat masalah jangkitan kuman dalam perut, pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, sejak minggu lalu.

Isterinya Ramlah Mat ketika dihubungi semalam berkata, Yazit dimasukkan ke hospital, Rabu lalu selepas kesakitan di perut bertambah serius.
"Pada mulanya, suami sakit perut dan ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun, keadaannya semakin teruk dan dia segera ke hospital," katanya.
Kata Ramlah lagi, suaminya itu belum dibenarkan pulang kerana masih perlu dipantau rapi oleh doktor.
"Kami menunggu keputusan doktor mengenai masalah sebenar dihidapi suami. Selain itu, keadaan dia tidak konsisten," jelasnya.
Pada Julai lalu, Yazit yang menderita masalah buah pinggang dimasukkan ke sebuah hospital di Brunei akibat semput.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment