07 September 2017

AF MEGASTAR: FOKUS PROMOSI LAGU PUNCA AKIM TAK SERTAI


Pasti ramai yang ingin melihat bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) iaitu Akim Ahmad beraksi di pentas AF Megastar kan?





Namun begitu menurut Akim, sebab beliau tidak menyertai AF Megastar adalah kerana sedang fokus kepada promosi lagu terbaharu kumpulan Akim & The Majistret, 'Lagu Untuk Laila'.

Kata Akim, ini merupakan waktu sesuai untuk mempromosikan lagu terbarunya kerana sebelum ini perancangan itu tergendala disebabkan jadualnya yang padat.

"Saya sekarang tengah fokus kepada Akim & The Majistret kerana kami masih menyiapkan lagu baharu dan lakukan promosi bersama-sama.

"Jika saya menyertai AF Megastar mungkin perkara itu akan menyukarkan untuk kami bergerak melakukan promosi.

Klik untuk gambar besar


"Sepatutnya kami telah lakukan promosi pada awal tahun namun terpaksa ditangguhkan kerana saya terikat dengan satu program selama dua bulan.

"Jadi sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kami lakukan promosi dan saya berharap agar peminat dapat memberi sokongan kepada single terbaharu ini," jelasnya.

Konsert AF Megastar Homecoming pada minggu hadapan bakal menentukan 12 bintang yang akan terpilih dan mara ke konsert AF Megastar seterusnya.

Semua keputusan bakal diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap dan seorang juri jemputan. AF Megastar ini dikemudi oleh Dato' Aznil Hj Nawawi.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: