07 September 2017

ELFIRA LOY UBAH RUTIN HARIAN - SUFIAN AKUI TERTEKAN DENGAN DUGAAN


"Ibu saya meminta saya untuk ubah rutin harian saya dan membuat persiapan diri untuk menjadi seorang isteri kelak.





"Kini selepas solat Subuh, saya tidak dibenarkan tidur dan terus bangun membuat kerja rumah serta memasak.

"Ibu saya pesan kerja rumah bukan hanya perlu dilakukan apabila ia bersepah tetapi perlu dilakukan setiap hari.

"Selain buat kerja rumah, saya juga belajar memasak sedikit demi sedikit," kata pelakon Elfira Loy yang bakal bergelar isteri kepada penyanyi Sufian Suhaimi tidak lama lagi.

Terdahulu, Elfira telah mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan dengan penyanyi tersebut pada bulan Oktober nanti.

Klik untuk gambar besar


Manakala majlis pernikahan pula dirancang pada tahun depan. Namun tarikh pasti bagi pasangan ini ditunangkan masih belum ditetapkan.

Dalam pada itu, Sufian akui bukan sahaja sebelum bertunang malah ketika merisik juga, beliau merasa tertekan dengan kritikan peminat yang tanpa henti memberikan komen negatif.

Pun begitu, Sufian cuba berfikiran positif dan bersabar dengan dugaan yang dihadapinya.

"Ramai cakap ujian ketika bertunang cukup kuat. Namun, sebelum bertunang dan ketika merisik pun saya sudah menerima pelbagai kritikan hingga agak tertekan.



"Namun, saya ambil semua itu dengan positif. Saya cuba hadapinya dengan sabar kerana tahu ujian dalam tempoh pertunangan lebih mencabar.

"Insya-Allah, kalau ada jodoh, mungkin tahun depan akan melangsungkan perkahwinan. Saya tidak mahu meletakkan tempoh berapa lama bertunang kerana ia akan memberi tekanan.

"Lebih cepat (berkahwin), lagi bagus. Sekarang saya masih dalam proses menamatkan pengajian yang tertangguh akibat komitmen seni," jelasnya.

Apapun, semoga urusan pasangan ini berjalan dengan dan kita doakan agar perkahwinan bakal dibina itu kekal hingga Jannah.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: