06 September 2017

ERRA FAZIRA BERSYUKUR ALEESYA DAPAT MENERIMA IBU BARU


"Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya. Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut.





"Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella. Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah.

"Saya doakan mereka bahagia bersama hingga ke jannah. Amin," kata pelakon dan penyanyi Erra Fazira, 42, yang meluahkan rasa gembira apabila bekas suaminya, Engku Emran bakal berkahwin dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Klik untuk gambar besar


Umum mengetahui hubungan serius di antara Engku Emran dan pelakon 'Surga Yang Tak Dirindukan' itu dan baru-baru ini telah berlangsungnya majlis doa selamat bagi pasangan itu.

Sebagai bekas isteri Emran, Erra turut sama gembira dengan berita pernikahan mereka sekaligus anak mereka mempunyai ibu baru.

Untuk makluman, Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: