06 September 2017

31 GAMBAR - SUASANA MAJLIS DOA SELAMAT LAUDYA CYNTHIA BELLA


Bakal melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran beberapa hari sahaja lagi, pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis doa selamat yang diadakan baru-baru ini.





Dalam majlis tersebut, Laudya yang mengenakan busana muslimah berona lavender itu mengeluarkan air mata saat membaca Yaasin yang tertera huruf 'BE' pada kulitnya, dipercayai mewakili nama Bella dan Emran.

Suasana pilu apabila pelakon filem 'Surga Yang Tak Dirindukan' ini dilihat memeluk dan meminta restu dari ahli keluarganya sebelum bergelar isteri Engku Emran.

"Semua rasa datang dari Allah dan ini rasa yang tidak bisa saya tulis disini. InshAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir. Ya Allah tolong jaga keluagaku. Amieennn...ea sayang kalian ❤️," kata Laudya di IGnya.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, Laudya bakal berangkat ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinannya dengan bekas suami Erra Fazira dijangka pada 9 September ini.

Menerusi kapsyen yang ditulis, jelas menunjukkan majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat itu sangat bermakna buat dirinya sebelum melangkah ke hari bahagia.

Apa yang pasti, kejelitaan dan kelembutan wajah Laudya jelas terpancar dalam setiap gambar yang dikongsikannya.



Bibit cinta di antara pasangan ini dikatakan mula terbit setelah diperkenalkan oleh pelakon Nora Danish.

Malah menurut sumber akhbar tersebut, anak Engku Emran iaitu Engku Aleesya juga sangat menyenangi dan menyayangi selain turut selesa bersama Laudya.

Pasangan ini memilih untuk bernikah di Kuala Lumpur dan bukan di Jakarta di dalam sebuah majlis tertutup yang akan dilangsungkan di lokasi rahsia. Apa pun, semoga segala perancangan pasangan ini dipermudahkan.


























































www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: