06 September 2017

KONGSI RAHSIA KEJAYAAN: "BERI ILMU PERCUMA, KATA RIAK" - NABIL AHMAD


"Apa yang saya kongsi ini jujur dari hati. Orang tanya jadi saya jawab. Dalam masa sama, saya mahu didik orang ramai supaya sentiasa beringat. Bersedekah bukan ketika kita senang saja, tetapi bila-bila masa.





"Saya beri ilmu percuma pun orang kata saya riak. Sedangkan ada yang berkongsi pengalaman dengan bayaran, tiada sesiapa pula kritik.

"Kalau nak tahu video ini dirakam tiga tahun lalu, tetapi saya pelik kenapa baru sekarang ia dimuatnaik ke YouTube. Bagaimanapun, saya okey saja kerana apa yang dikongsi itu perkara baik dan bermanfaat.

"Banyak yang 'tweet' di laman Twitter memuji perkongsian itu. Tidak dinafikan ada juga yang mengkrtitik kononnya saya sengaja bersikap riak," kata pelawak, pengacara dan pelakon Nabil Ahmad.

Klik untuk gambar besar


Kebelakangan ini ramai berkongsi sebuah video rakaman Nabil menceritakan rahsia kejayaannya dalam sebuah program keagamaan.

Perkongsian tersebut sepatutnya bagus dijadikan motivasi untuk berjaya tetapi lain pula dengan orang kita apabila mendakwa Nabil kononnya bersikap riak dan menunjuk pulangan bulanan lumayan menjadi selebriti.

Menerusi video terbabit, Nabil ada berkongsikan pengalamannya bersedekah kepada seorang fakir miskin yang mana pada ketika itu beliau sendiri hanya mempunyai RM2.



Namun jelasnya, hikmah disebalik bersedekah itu Tuhan telah gandakan rezeki beliau menjadi pelawak sehingga menerima gaji bulanan sebanyak RM50,000 sebulan.

"Sedangkan mereka juga menyatakan jumlah pendapatan yang jauh lebih banyak daripada saya. Jadi apa beza saya dengan mereka.

"Kita tidak pernah tahu siapa gerangan orang dibantu. Jadi tidak perlu berkira atau memilih. Kalau kita rasa orang susah berkenaan lebih memerlukan, tidak salah membantu," jelas Nabil.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: