05 September 2017

DILABEL 'WANITA JAHAT' & DITUDUH 'BAIKI MUKA' - ZARA ZYA MAAFKAN


"Sebab warna rambut, saya dilabel wanita jahat. Hurm kesian pada yang ada masalah fikiran. Saya hanya mampu berhuhuhu. Bersihkan hati, maafkan manusia lain sebelum tidur.





"Dan yang penting, awak tiada hak untuk tentukan hidup saya dan hidup manusia lain. Awak tentukan hidup awak sendiri yang belum tentu lurus jalannya.

"Good night," demikian tulis pelakon Zara Zya, 32, yang meluahkan rasa kecewa apabila dilabel sebagai 'wanita jahat' hanya kerana mewarnakan rambutnya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia berkata, mereka yang memberikan kata-kata negatif seperti itu tidak layak untuk tentukan hidupnya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi ruangan komen, Zara turut menjelaskan tindakan mewarnakan rambutnya itu bukan sekadar suka-suka tetapi atas tuntutan watak lakonannya.

Sementara itu, Zara turut didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung dan wajahnya.

Tuduhan tersebut timbul ekoran seorang individu tidak bertanggungjawab mewujudkan satu akaun Instagram dan menyebarkan fitnah tersebut.

Bengang dengan tuduhan itu, bintang drama 'My Sweet Lavender' ini mencabar pihak berkenaan untuk bersemuka.



"Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Tapi fitnah bertubi-tubi. Siap cakap saya buat hidung, buat muka hahahaha... meh la jumpa depan-depan. Nak tengok ori ke tidak 😋," katanya dalam status Instagramnya.

Walaupun terkilan, Zara turut memberitahu yang dia memaafkan individu tidak bertanggungjawab itu dan berharap supaya perkara ini tidak diteruskan.

"Takpe saya maafkan awak siap-siap. Kesian hati manusia hitam macam ni. Dengki dengan orang lain tanpa sebab. Tak kisah la siapa pun awak, semoga hati awak happy lepas ni okay.

"Jom kita doakan dia supaya hati dia bersih. Kesian dia hidup dengan hasad dengki," ujarnya yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian pipi pada Julai lalu.






www.myartis.com / Sumber: Zara Zya IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: