05 September 2017

ISU 'SEKSI' DI KAPAL LAYAR: "JANGAN BENCI & DENGKI" - SUAMI NORA DANISH


Gambar-gambar di kapal layar ketika bercuti di pulau Langkawi yang dikongsikan pelakon Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri baru-baru ini menjadi buah mulut warga laman sosial.





Ada segelintir pengikut di laman Instagram menyelar tindakan Nora kerana berpakaian seksi malah turut mempertikaikan kekayaan Nedim.

Enggan berdiam diri, Nedim bertindak membalas komen yang cuba mengajarnya bagaimana untuk menjalani kehidupan bersama keluarganya.

Malah, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini menasihati mereka agar agar memperbaiki diri dan membuang sifat dengki dalam diri sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan.

Klik untuk gambar besar


"@titystella, budak ini cuba untuk beritahu saya bagaimana saya perlu jalani kehidupan sementara dia seperti belum cukup umur.

"@4rifputh_ nak senang dan berjaya jangan benci atau dengki dengan kehidupan orang lain, kalau saya jadi adik, saya ambil ilham untuk jadi lebih baik daripada saya," katanya.

Pada masa sama, Nedim juga memberi cadangan agar mereka pergi ke pusat kecantikan untuk memiliki kulit licin sepertinya dan meminta mereka menyebut namanya untuk mendapatkan potongan harga.



"Saya punya muka licin pasal pergi ke MyClinic dekat Damansara, cuba la mungkin bila awak dah hilang jerawat boleh lihat muka sendiri di cermin dengan selesa. Cakap nama saya, awak akan dapat diskaun Insya-Allah," ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya turut memuji pasangan ini dan mengelarkan mereka seperti Romeo dan Juliet dan meminta orang luar agar membiarkan mereka bercuti dengan aman.

Nedim dan Nora berkahwin pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glasshouse at Seputeh, Petaling Jaya.




www.myartis.com / Sumber: Nedim Nazri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: