05 September 2017

HEBOH PERMOHONAN PISTOL - NETIZEN PERTIKAI TINDAKAN ALIFF SYUKRI


"Demi keselamatan... doakan pemohonan pistol saya diluluskan.. supaya saya lebih selamat 🙅🏼‍♂️🙅🏼‍♂️🙅🏼‍♂️ no more bodyguards im stronger 💪🏻💪🏻💪🏻," kata pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri mengenai dirinya membuat permohonan senjata api.





Menerusi status itu, Aliff agak terbuka berkongsikan mengenai permohonan itu sekaligus turut menjelaskan beliau enggan menggunakan khidmat pengawal peribadi lagi kerana sudah mempunyai pistol.

Bagaimanapun, tindakan Datuk Aliff menghebahkan di laman sosial Instagram miliknya semalam mengenai perkara tersebut telah meneriman kritikan dari netizen.

Ramai mula mempertikaikan status tersebut yang dianggap boleh mengundang bahaya terhadapnya kerana terlalu terbuka berkongsi.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan Aliff dan menasihati usahawan itu untuk mengunakan pengawal peribadi. Dalam masa sama, ada yang tetap mempertahankan tindakan penaja bersama program AF Megastar itu.

Sementara itu, Aliff dalam satu balasan komen kepada netizen berkata, dia berbuat begitu sekadar untuk berkongsi dengan semua pengikutnya tentang aktiviti yang dilakukan serta berharap orang ramai tidak terus berfikir negatif.

Tetapi secara peribadi, rasanya lebih baik Datuk Aliff tidak berkongsikan perkara sebegini kepada umum kerana bimbang kelemahan diri terbongkar dan membuatkan diri dan keluarga lebih bahaya.








www.myartis.com / Sumber: Aliff Syukri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: