04 September 2017

TAMPIL 'SEKSI' DI KAPAL LAYAR - NORA DANISH & SUAMI DIKECAM


Jika sejak dulu lagi kerap bercuti bersama anak-anak, tapi percutian kali ini 'romantic getaway' antara pelakon Nora Danish dan suami tercinta, Nedim Nazri.





Percutian romantik itu mungkin untuk meluangkan masa bersama labih-lebih lagi masing-masing sibuk dengan kerja.

Kemesraan mereka berdua jelas terselah menerusi gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh pasangan ini di laman Instagram masing-masing.

Namun begitu, gambar bercuti yang dimuatnaik Nora dan suami kali ini membuat netizen lebih fokus pada penampilan ibu kepada Putera Rayqal ini yang dianggap terlebih seksi.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nora duduk di tepian kapal yang sedang berlayar di Pulau Langkawi yang memang terkenal keindahannya itu telah menerima kecaman.

Selain penampilan Nora dianggap seksi, pose Nora di gambar itu berdamping bersama suaminya yang nampak ghairah juga turut dikecam.

Difahamkan, ruangan komen di beberapa gambar Nora dan suami di kapal layar itu telah ditutup. Maka dari itu, ramai yang melemparkan kata-kata di ruangan komen di Facebook.

Turut menjadi bualan apabila mengungkit kata-kata Nedim yang ingin membahagiakan isterinya malah turut berjanji akan membimbing pelakon jelita itu ke Syurga dengan keizinan Yang Maha Esa.




















www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: