04 September 2017

DI HARI ARAFAH - JOJIE (KAKAK ELLA) & SUAMI DAPAT ANAK ANGKAT


Kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella iaitu Jojie Aminuddin yang sebelum ini mengalami keguguran ketika kandungan usia 3 bulan awal tahun lalu kini terubat apabila menerima seorang anak angkat perempuan.





Selepas dua tahun berkahwin, Jojie dan suaminya, Jojie, Syahrizal Ismail ini mengambil anak angkat yang diberi nama, Mariam Syahrizal.

Berita gembira tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh suami Jojie. Kata Syahrizal, Maryam telah hadir dalam keluarganya pada hari Arafah yang lalu bersamaaan hari Khamis malam Jumaat.

"Saya ingin memperkenalkan anak saya dan Jojie, Alhamdullilah baru 2 minggu dilahirkan. Doa yang terbaik ya," ujarnya kepada MH Online.

Klik untuk gambar besar


"Maryam sampai di rumah kami pada hari Arafah, Khamis malam Jumaat dan hari merdeka serta Hari Hari Haji. Juga kemenangan Malaysia Sukan Sea," kata suami Jojie dengan penuh rasa gembira.

Semoga dengan kehadiran Maryam dalam hidup Jojie dan suami dapat menambahkan lagi bahagia dalam keluarga mereka.

Kami turut mendoakan agar Maryam dapat membesar dengan sihat dan dapat menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: