04 September 2017

"TIADA NIAT MENUNJUK, MAHU SAMA-SAMA DAPAT MANFAAT" - NORMAN HAKIM


Kita semua mengetahui bahawa Norman Hakim seringkali berkongsikan gambar bersama bekas isteri dan juga keluarganya.





Dek kerana itu, Norman menafikan apa yang dilaluinya itu adalah untuk tujuan menunjuk atau pun mempamerkan kemewahan mereka.

Kata suami kepada Memey Suhaiza ini, beliau melihat perkongsian tersebut sebagai sesuatu yang positif.

"Kita tak ada niat untuk pamer itu semua. Pada saya, apabila bercakap mengenai perkongsian melalui media sosial perlulah seiring dengan niat kita.

"Bukan ingin menunjuk, tetapi kalau boleh mahu sama-sama dapat manfaat. Mungkin kalau ada yang cuba ikut, secara tidak langsung perkara yang baik kita dapat pahala dan berkat.

Klik untuk gambar besar


"Mungkin kalau tidak semua, jika ada 10 peratus yang boleh menerima perkongsian itu dan praktikkan, kita pun sama-sama dapat ganjaran dari-Nya," jelas Norman.

Tambah Norman, keakraban beliau dan juga bekas isterinya, Abby Abadi juga sebenarnya mampu menjadi contoh kepada orang ramai malah dia sendiri turut membuang jauh ego demi kepentingan anak-anak.

"Bukan sengaja nak menunjuk-nunjuk, cuma itulah pengalaman saya dan sahabat saya merangkap bekas isteri. Selepas berpisah, kita berusaha menjadi sahabat baik demi kepentingan anak-anak.



"Kita bawa segmen baharu. Kita perlu fleksibel. Apa juga perkara yang ingin kita mulakan, perlu beri perhatian dan jaga institusi keluarga.

"Kita juga melalui fasa biasa dan sering dilalui pasangan yang sudah bercerai, tetapi adakah kita mahu menjadikan anak sebagai mangsa?

"Atas sebab itu, kita perlu buang ego yang ada dalam diri dan belajar untuk pupuk kesedaran bagi meletakkan keutamaan kepada anak-anak," katanya.










www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: