04 September 2017

DIGANGGU SEJAK JULAI LALU - NONNY AF5 DITUDUH MINTA DUIT DATUK RED


"Benar sejak hujung Julai lalu, lelaki itu sudah cuba untuk mengganggu hidup saya. Namun saya tidak pernah ambil kisah.





"Sehinggalah cerita kami konon-kononnya bercinta digembar-gembur baru-baru ini oleh dia sendiri, permainan gila apakah ini.

"Siapa dia dalam hidup saya hingga sewenang-wenangnya boleh bertindak cara itu. Sumpah! Kami tidak pernah ada hubungan istimewa.

"Nak bercinta berbulan-bulan macam mana? Saya tak pernah memberikan nombor telefon pada dia. Saya tidak akan layan 'permainan' dia.

Klik untuk gambar besar


"Lagipun sudah ada 'sejarah' sama terjadi pada seorang artis. Dah boleh dijadikan sebagai pengajaran pun," kata bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5, Nonny Nadirah yang enggan terperangkap dalam sejarah kontroversi yang pernah melanda pelakon Ruhainies.

Baru-baru ini nama Nonny AF5 tiba-tiba sahaja panas dalam industri hiburan gara-gara didakwa calon isteri ketiga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali Datuk Red.

Bukan sahaja dituduh bercinta malah jelasnya lagi, beliau juga dikatakan sering meminta duit dari ahli perniagaan itu.



"Paling marah, saya dikata meminta duit daripada lelaki itu walhal hakikatnya kenapa perlu saya berbuat sebegitu," jelasnya yang sudah mempunyai teman lelaki dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Dalam pada itu, apabila isu ini timbul, Nonny akui ada bergaduh dengan teman lelakinya, sekaligus turut menjejaskan hubungannya dengan bakal keluarga mertua.

"Tak pasal-pasal juga, saya dan teman lelaki bermasam muka gara-gara gosip ini. Hubungan cinta kami ini dah sampai peringkat yang serius. Dah fikir tentang perkahwinan.

"Apa pula kata bakal keluarga mentua apabila dapat tahu tentang cerita sebegini. Jenuh pula saya kena terangkan kepada mereka," ujar Nonny.


www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: