09 September 2017

28 GAMBAR - ENGKU EMRAN & LAUDYA KINI SAH SUAMI ISTERI


Setelah sekian lama berteka-teki mengenai tarikh pernikahan, akhirnya ahli perniagaan iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, dan aktres terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, selamat disatukan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz pada jam 6.57 petang semalam.





Pasangan itu dinikahkan bapa Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat karib.


Antara selebriti yang hadir menyaksikan saat bersejarah itu ialah rakan artis Indonesia seperti Melly Goeslow, Irwansyah dan Teuku Wisnu selain Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri.

Pada majlis itu, Engku Emran menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Engku Emran dalam kenyataannya kepada media berharap berita pernikahannya itu dapat meredakan spekulasi mengenai hubungan mereka yang dilaporkan media sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Engku Emran dan Bella merakamkan penghargaan serta terima kasih kerana memberikan mereka ruang untuk melangsungkan acara pernikahan tanpa liputan media.

"Terima kasih kerana memberikan ruang kepada kami untuk melangsungkan acara pernikahan secara sederhana dan tertutup.

"Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan media. Doakan perkahwinan kami dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat," kata pasangan itu.

Difahamkan, pada hari sama selepas majlis pernikahan, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada sebelah malam pula.



Sebelum ini, kecoh dilaporkan Engku Emran dan Laudya sedang hangat bercinta apabila mereka sering meninggalkan komen di Instagram masing-masing.

Ia menyebabkan Engku Emran menjadi buruan media Indonesia yang ingin mengetahui identitinya kerana berjaya menambat hati pelakon filem 'Syurga Yang Tak Dirindukan' itu.

Untuk rekod, Engku Emran pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan itu, Engku Emran dan Erra dikurniakan anak perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun.




















































www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: