09 September 2017

WATIE TAK MAMPU BAYAR SAMAN: "TIADA LAGI PELUANG UNTUKNYA" - HANA ELITE


Bekas anggota kumpulan Elite, Hana sekali lagi telah memfailkan saman terhadap rakan kumpulannya, Watie Sadali, 41, berhubung kegagalan pelakon itu membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dua tahun lalu sehingga kini.





Dalam permohonan itu, Hana memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie selaku penghutang gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berkenaan kegagalannya membayar hutang berkenaan.

Menurut Watie yang turut ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey ketika ditemui pemberita berkata, dia tidak membayar jumlah yang dituntut Hana kerana tidak berkemampuan.

"Saya tak mampu membayar jumlah tuntutan RM707,351.83 kerana tidak ada pendapatan tetap dan bukannya orang kaya," jelasnya ketika ditemui pemberita selepas prosiding yang dijalankan di dalam kamar Hakim Rasyihah Ghazali.

Semalam Watie hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang dan memohon agar jumlah tuntutan dibuat Hana yang kini dikurangkan kerana dia tidak mampu melunaskan jumlah diminta.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Hana tidak hadir ke prosiding itu dan diwakili peguam Tengku Nadiatul Hanim Tengku Mohamad Nasser.

Sebelum ini, Hana telah diisytihar muflis pada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.

Memetik kembali temu bual bersama Hana oleh Harian Metro, Hana sebelum ini ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu.

Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan dia beli kereta (Toyota Wish).



Hana diiystihar muflis selepas Watie atau nama sebenanya Norwati Sadali tidak membayar ansuran bulanan kereta yang dibeli menggunakan nama Hana.

Pengisytiharan muflis akibat perbuatan sahabat sendiri antara perkara yang menjadi kemarahan Hana selepas dia gagal berjumpa anak-anaknya akibat disekat keluar negara.

Hana ketika dihubungi berkata, dia sudah dua tahun tidak bertemu dua anaknya iaitu Aaron Danial Mann, 16, dan Alayna Daniella Mann, 15, yang kini menetap di London.

"Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung!



"Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara.

"Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain," katanya.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 11 Oktober depan untuk perbicaraan saman penghutang penghakiman membabitkan kedua-dua bekas anggota Elite itu.

Dalam pada itu, Hana berkata, tuntutan asal yang dibuatnya dua tahun lalu dianggarkan sekitar RM300,000 sahaja namun jumlah itu meningkat selepas ditafsirkan termasuk kadar faedah selepas dia memfailkan saman penghutang penghakiman pada 18 Mei lalu.

Dua anak Hana iaitu Alyasa dan Aaron


Kata Hana, Watie mengetahui mengenai jumlah asal tersebut namun dia berdegil untuk membayar yang membuatkan dia perlu menanggung akibatnya.

"Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.

"Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 sahaja.

"Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun," jelasnya.

Dalam pada itu, jelas Hana lagi, ruang untuk mereka berbincang juga sudah tertutup kerana Watie pernah diberi peluang berbuat demikian namun mensia-siakannya.

"Saya sudah serik! Tiada lagi peluang untuknya dan biarlah mahkamah sahaja yang putuskan," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: