Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio, Shuk dan isterinya, Rossalennah telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak sulung mereka, Nur Qurratu Ain @ Aizen.

Shuk yang juga merupakan peserta Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017) telah berkongsi beberapa gambar-gambar sekitar majlis tersebut menerusi laman Instagramnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan anak perempuannya dan menyatakan wajah anaknya itu lebih menyerupai Shuk berbanding isterinya.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah dihadiri ahli keluarga, saudara mara, teman rapat serta rakan-rakan artis.
Klik untuk gambar besar

Majlis tersebut dimeriah lagi dengan kehadiran pelawak antaranya Mamak Puteh, Fikry, Syarif Zero, Wan dan Chot daripada kumpulan XOXO.
Untuk makluman, Nur Qurratu Ain dilahirkan pada 2 November 2016 di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh.
Shuk dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.
Dalam perkembangan lain, Syuk kini sedang bersaing dalam program Super Spontan Superstar 2017.





























www.myartis.com / Foto: Syuk SYJ IG
________________________

No comments:
Post a Comment