12 September 2017

BELUM ADA PERSIAPAN KAHWIN - SHAHIR MAHU TUMPU PADA AF MEGASTAR


Gosip mengenai dirinya sibuk mengatur majlis perkahwinan dengan aktres jelita, Erra Fazira dinafikan oleh juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir Zawawi.





Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 29, mengakui bahawa dirinya itu terkejut mendengar gosip yang tersebar tersebut.

Buat masa sekarang kata Shahir, tumpuannya lebih kepada persediaan bersaing di pentas AF Megastar.

"Belum ada sebarang persiapan. Belum lagi. Persiapan saya sekarang adalah untuk program AF Megastar.

Klik untuk gambar besar


"Komitmen saya untuk program ini sangat tinggi. Saya sudah mula berlatih untuk menghadapi konsert mingguan, Ahad ini," jelasnya.

Pada malam Ahad lalu, Shahir menyampaikan lagunya sendiri berjudul 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' hingga dipilih sebagai finalis AF Megastar bersama 11 peserta lain.

Shahir berkata, dia bersyukur kerana Erra, keluarga dan mereka yang ada di sekelilingnya sangat memahami situasi dirinya sekarang.



Akui Shahir, dia terpaksa mengetepikan soal peribadi buat sementara waktu demi kerjaya seninya.

"Mereka mendoakan yang terbaik buat saya. Erra turut memberi panduan dan nasihat berguna kerana dia sendiri pernah menjadi juri program AF sebelum ini.

"Malah Erra turut memberi kata-kata perangsang supaya saya dapat melakukan yang terbaik," katanya.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: