13 September 2017

"GUNA ANAK UNTUK MANIPULASI SEMUA ORANG" - BEKAS ISTERI NEDIM


"Ini satu-satunya komen yang akan saya buat berkenaan isu ini, kerana tidak seperti sesetengah orang, saya percaya ada perkara tidak sepatutnya didedahkan kepada anak berusia lima tahun ini.





"Awak pilih untuk ambil kesempatan kerana saya berdiam diri, tetapi maafkan saya, salah seorang dari kita berdua perlu ambil tanggungjawab sebagai ibu bapa, kerana awak hanya berpura-pura sebagai bapa di media sosial.

"Sesetengah orang perlu ada sedikit rasa malu dan tidak menjaja cerita pada orang ramai untuk menagih simpati.

"Biar kami hidup aman dan tolong berhenti cari perhatian sehinggakan awak gunakan anak sendiri untuk manipulasi semua orang lain," tulis Nabilah Khan, bekas isteri kepada Nedim Nazri berhubung dirinya menghalang bekas suami bertemu dengan anaknya sendiri, Mohamed Nedrin.

Klik untuk gambar besar


Baru baru ini, Nedim Nazri telah mendedahkan yang beliau membawa isu hak penjagaan anak ke mahkamah selepas bekas isterinya berbuat demikian.

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Nabilah akhirnya bersuara akan isu tersebut dan menurutnya, ini merupakan kali pertama dan terakhir beliau akan keluarkan sebarang kenyataan kerana penat dengan drama Nedim.

Dalam kenyataan sama juga, Nabilah meminta Nedim supaya tidak perlu campur tangan lagi dalam kehidupan mereka selepas ini dan teruskan dengan kehidupan bersama keluarga baru.












www.myartis.com / Sumber: Nabilah Khan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: