Amboii... untungnya empunya badan bernama Nur Fazura apabila berpeluang bertemu dengan selebriti pujaan ramai iaitu seorang bintang Hollywood, Selena Gomez di Coach House, Manhattan, Amerika Syarikat (AS).

Penyertaan pelakon Fazura ke Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat bukan sahaja membawa imej negara namum memberi tuah kepadanya.
Ini kerana Fazura dapat berjumpa dengan pelbagai pereka fesyen seluruh dunia dan selebriti antarabangsa.
Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin telah berkongsi gambar serta video pertemuan itu menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian video tersebut menunjukkan Fazura dan Selena berpelukan sambil melagakan pipi. Dalam masa sama, saling bertanya khabar di samping Selena memuji penampilan Fazura.
Klik untuk gambar besar

Perkongsian gambar itu mendapat lebih 95,000 'likes' dan kebanyakan peminat mengucapkan tahniah buat Fazura.
Malah rakan artis seperti Fasha Sandha turut meninggalkan komennya pada perkongsian gambar berkenaan.
Minggu fesyen New York diadakan di Basketball City yang bertujuan memberi peluang kepada pereka fesyen mempamirkan koleksi musim panas masing-masing.
Fazura pula mewakili Coach Malaysia bagi acara itu yang berlangsung dari 7 hingga 13 September 2017.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Nur Fazura IG
________________________

No comments:
Post a Comment