15 September 2017

30 SEPTEMBER INI - ADI AKMAL (DEVOTEES) NIKAHI ANAK AZIZ M OSMAN


Tahniah kami ucapkan kepada anggota kumpulan nasyid 'Devotees', Adi Akmal Sehrom, 31, yang bakal mengakhiri zaman bujang dengan dengan Puteri Nur Asyiqin Aziz, 24, pada 30 September ini.





Asyiqin ialah anak sulung pengarah terkenal, Aziz M Osman melalui perkahwinan kedua dengan, Nor Aliah Lee Abdullah.

"Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman ibu Puteri Nur Asyiqin di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya, pada sebelah pagi disusuli majlis keraian di lokasi sama.

"Pada sebelah malam, majlis resepsi akan diadakan di Putrajaya. Majlis bertandang pula diadakan di Sungai Buloh pada 7 Oktober depan," katanya yang aktif bersama kumpulan nasyid Devotees sejak 12 tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Adi yang juga bertugas di stesen TV Al Hijrah sebagai wartawan kanan, penerbit dan pembaca berita sejak 2010 itu memberitahu bahawa dia mengenali bakal isterinya sejak dua tahun lalu.

Menceritakan detik pertemuan mereka, Adi berkata, mereka diperkenalkan sepupunya.

"Pada mulanya, saya tidak tahu dia anak pengarah filem. Kami berjumpa buat kali pertama pada Ramadan 2015 di sebuah pusat beli belah di Damansara. Ketika itu, keluarga kami pun berbuka puasa bersama-sama.



"Sepanjang mengenali keluarganya, mereka sangat sporting dan mudah didekati. Saya tak ada masalah," ujarnya yang mengikat tali pertunangan dengan Asyiqin setahun lalu.

Adi teringat bapa tunangnya pernah berseloroh dan bertanya apakah dirinya sudah berlatih melafaz akad nikah kerana beliau akan menikahkan mereka.

Mengenai Asyiqin, dia menyifatkan bakal isterinya sangat istimewa.

"Dia seorang yang mudah dan tak cerewet. Suka berfikir secara praktikal, dia cukup meminati drama Korea," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: