16 September 2017

AMBIL KRITIKAN - FATTAH AMIN SERTAI KELAS LAKONAN, NYANYIAN


"Ini adalah perancangan untuk 2018. Saya ingin perbaiki diri untuk berdepan dunia yang penuh mencabar. Bagaimanapun, saya tidak bermaksud mahu mengurangkan aktiviti seni.





"Sebaliknya, memberi lebih ruang untuk memperbaiki jenama 'Fattah Amin'. Saya mahu mendalami skil dengan menyertai kelas lakonan dan memperbaiki mutu nyanyian bagi persembahan pentas.

"Saya juga mahu mengikuti kursus perniagaan," kata pelakon dan penyanyi Fattah Amin mengenai perancangannya yang akhirnya akan mengambil kelas bagi membaiki diri bermula tahun depan.

Nama Fattah sebelum ini sering disebut-sebut kerana ada yang menyifatkan lakonannya yang keras umpama kayu malah perkara tersebut turut mendapat teguran pelakon senior.

Tambah Fattah lagi, sebaik perancangan bermula, setiap tawaran diterima akan disesuaikan dengan komitmennya terhadap kursus yang diambil.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Fattah berkata yang dia cukup peka dengan setiap kritikan peminat malah memandangnya secara serius.

"Saya sentiasa mengambil berat setiap kritikan dan komen semua pihak. Ini satu cara saya menghargai setiap perhatian dan sokongan diberi," jelasnya.

Nampaknya Fattah atau nama penuhnya, Fattah Mohd Amin, 27, mengambil berat setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya dan mengubahnya ke arah yang positif.

Semoga usaha Fattah memperkasakan industri seni tanah air akan terus dihargai peminat dan juga rakan selebriti yang lain.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: