28 September 2017

AF MEGASTAR: "CARI GELOMBANG KEDUA 'TSUMAWI' BUKAN MUDAH" - MAWI


"Bertanding seperti konsert mingguan AF memang tertekan, sama seperti peluang ke final Anugerah Juara Lagu.





"Ibaratnya setiap minggu kita akan melaluinya dan saya sebenarnya sudah sampai ke fasa yang mahu menyanyi lebih rileks dan tenang. Tidak mahu terlalu stress.

Selain itu, saya juga terikat dengan komitmen bisnes dan radio baharu di bawah Astro yang akan mula bersiaran pada bulan Oktober. Jadi, saya perlu fokus satu persatu kerana bimbang konsentrasi saya terjejas.

"Untuk mencari gelombang kedua Tsumawi bukan mudah sebab ketika AF, 12 tahun lalu pun ia tidak dirancang dan terjadi dengan sendirinya.

Klik untuk gambar besar


"Ini bukan 2005, saya tidak fikir akan ada gelombang kedua 'Tsumawi' sebab peminat saya pun sudah beralih generasi," kata penyanyi dan pelakon Mawi mengenai alasan mengapa dia tidak menyertai AF Megastar.

Mengimbau kembali kegemilangan Akademi Fantasia musim ke-3, gelombang 'Tsumawi' yang terhasil ketika Mawi menyertainya begitu besarnya.

Ini kerana pada musim itu, siapa yang bersama Mawi di AF3, pasti semua akan 'ditendang' termasuk salah satu peserta AF Megastar iaitu Idayu yang mempunyai suara hebat tetapi kalah dengan gelombang tersebut.

Nampak harapan peminat untuk melihat Mawi beraksi di AF Megastar tidak kesampaian. Ini bermakna gelombang 'Tsumawi' tidak akan hadir buat kali kedua.



Mawi juga memaklumkan dia tidak akan menyertai program AF Megastar sekiranya ia akan diadakan untuk musim kedua.

Kesimpulannya memang kita tidak akan dapat melihat kelibat Mawi beraksi di atas pentas Akademi Fantasia sekali lagi.

Secara jujurnya ia adalah satu keputusan bijak daripada Mawi. Masa kegemilangannya pun sudah berakhir. Sudah tiba masa untuk Mawi menumpukan perkara-perkara lain yang jauh lebih bermanfaat. Tak gitu?

Apa-apapun, Mawi tetap 'World'!!!








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: