27 September 2017

AFDLIN SHAUKI DAPAT 'DATUK', ALIFF SYUKRI DIKURNIA 'DATUK SERI'


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Afdlin Shauki dan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dan apabila mereka tersenarai sebagai penerima darjah dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam (26 September).





Afdlin menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, manakala Aliff pula menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Kalsom Sultan Abu Bakar yang menerima darjah SSAP mendahului senarai 155 penerima darjah dan pingat sempena istiadat tersebut.

Dua lagi adindanya iaitu Tengku Datuk Norazahan dan Tengku Datuk Noor Ashikin turut sama menerima darjah SSAP.

Klik untuk gambar besar


Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan istiadat itu.

Menerusi status di Instagram, Afdlin ada memuatnaik gambar dia bersama ibunya yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut.

"Gang haji saya ada dengan saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you Hajjah mummy," tulisnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: