27 September 2017

TAHNIAH - FAYE KUSAIRI KINI HAMIL ANAK SULUNG


"Alhamdulillah, selepas melakukan pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan saya hamil hampir tiga bulan," kata pelakon Faye Kusairi, 30, yang kini sah hamil anak sulung.





Untuk makluman, anak yang dikandung Faye merupakan yang pertama baginya dan keempat bagi suaminya seorang pengarah drama, Azmi Hatta.

Menurut Faye, punca dia mengetahui sedang berbadan dua ketika mengalami sakit perut serta muntah-muntah sehingga memaksa dia menjalani pemeriksaan di klinik.

"Sebenarnya saya sedar sejak awal bulan lalu apabila kitaran haid lambat dan mengalami simptom-simptom kehamilan, sehinggalah suami bawa ke klinik," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Faye atau nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang memaklumkan dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk sepanjang proses awal kehamilan.

"Tiada alahan yang teruk, cuma alami muntah-muntah sahaja. Kalau saya duduk rumah mulalah rasa tak sedap badan, tapi bila sibuk bekerja okay pula!

"Mujurlah suami sentiasa ada di sisi menemani saya. Tentang makanan pula, saya tak ada mengidam apa-apa, cuma sekarang ni suka makan buah-buahan," tuturnya.



Menyentuh mengenai kerjaya seni, Faye berkata, dia tidak memikirkan lagi sama ada mahu meneruskannya atau berehat buat sementara waktu.

Ujarnya, buat masa ini dia masih mampu memenuhi undangan seni dan akan memikirkan untuk berehat apabila kandungan sudah membesar.

"Sekarang ni semuanya masih terkawal lagi, kita tengok keadaan kesihatan dan keperluan pada masa akan datang," jelasnya yang berkahwin dengan Azmi Hatta pada 9 April lalu di Ampang, Selangor.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: