18 September 2017

BAKAL TIMANG CAHAYA MATA - HAFIZ SUIP BUANG SIFAT PEMARAH


Penyanyi Hafiz Suip menyatakan bahawa dia kini banyak berubah lebih-lebih lagi setelah isterinya hamil anak sulung mereka.





Kata Hafiz, sebelum isterinya hamil, dia sangat mudah marah jika ada perkara yang tidak kena berlaku.

Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Hafiz memberitahu yang dia mula mengawal diri dan mengikis sifat negatif itu.

"Dulu, jika ada yang tidak kena, saya mudah naik angin. Perkara kecil juga boleh mengundang kemarahan jika tidak ditangani dengan matang.

Klik untuk gambar besar


"Sejak isteri hamil, saya belajar tenangkan diri. Saya mula mengawal diri dan mengikis sifat negatif itu. Saya tidak mahu perangai buruk saya itu memberi kesan negatif kepada anak.

"Alhamdulillah, menjadi suami dan bakal bapa membantu saya supaya lebih matang dalam menangani diri serta dugaan yang menguji," katanya.

Sementara itu, berbicara soal cahaya mata, Hafiz berkata yang dia dan isteri sudah pun memilih nama anak pertama mereka iaitu Mohamad Riyadh yang membawa maksud taman bunga yang makmur.

Apapun, kami doakan semoga segala perancangan pasangan ini menjelang hari kelahiran anak pertama mereka berjalan lancar.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: