18 September 2017

VIDEO 'BIGO LIVE' TERSEBAR & VIRAL - NATASHA ELYZZA LUAH RASA KESAL


Selepas dua video 'Bigo Live' menjadi viral dan hangat, pelakon baru Natasha Elyzza secara sinis mengucapkan terima kasih kepada individu yang membuat rakaman dan menyebarkan siaran langsung itu yang disifatkan telah memusnahkan hidupnya.





Kata-kata Natasha dilakukannya dalam satu rakaman 'Bigo Live' terbaru yang tersebar di YouTube baru-baru ini.

Hujung minggu ini hangat dengan kisah satu rakaman siaran 'Bigo Live' viral memaparkan Natasha dan seorang wanita mirip pelakon Fathia Latiff menari seksi sehingga menampakkan payudara.

Dalam video baru tersebut, Natasha turut menyifatkan yang kariernya telah berakhir, dan menyatakan dia mungkin tidak akan diberi peluang berlakon selepas ini dan hidup merempat.

Klik untuk gambar besar


Rakaman itu juga Natasha menyuarakan kekesalannya terhadap individu tersebut dan dlihat cuba mengenal pasti individu ini dengan bertanya kepada penonton-penontonnya di 'Bigo Live'.

Dia juga meminta supaya penontonnya membuat laporan mengenai video viral tersebut yang tersebar di Facebook, termasuk memadam dan berhenti mengongsikan video tersebut.

Dalam rakaman itu, Natasha mendakwa dipersalahkan oleh semua orang termasuk wartawan.

Natasha juga memberitahu bahawa 'Fathia' sudah tiada bersamanya dan kemudian menegaskan berkali-kali wanita seksi yang menari sehingga menampakkan payudara itu bukan Fathia Latiff.



Dalam video itu juga kedengaran suara orang lelaki yang tidak kelihatan mempertahankan tindakan Natasha membuat siaran langsung tersebut dan mempersalahkan mereka yang merakam dan menyebarkannya.

Pada pendapat kami, Natasha seharusnya tahu dan bertindak bijak. Kita tidak sepatutnya percaya pada orang asing yang tidak dikenali dalam kehidupan sebenar mahu pun di Internet.

Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan apa saja dirakam dan disebarkan, apatah lagi jika ia melibatkan selebriti.

Di harap ini akan menjadi pengajaran buat Natasha mahu pun mana-mana selebriti lain yang bertindak serupa di masa akan datang.


LUAHAN NATASHA MENERUSI VIDEO 'BIGO LIVE'


ATAU KLIK LINK DISINI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Natasha Elyzza IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: