18 September 2017

ISU VIDEO 'SEKSI': FATHIA LATIFF MINTA MAAF, MOHON JANGAN FITNAH


"Saya pakai tudung kerana Tuhan dan saya buat semua ini pun kerana Tuhan. Saya sebagai seorang ikon, menjadi satu tanggungjawab besar untuk menjadi ikutan orang. Tolong maafkan saya dan tolong jangan fitnah saya lagi.





"saya masih belajar untuk menjadi seorang yang lebih baik," demikian kata pelakon Fathia Latiff selepas diasak kritikan netizen gara-gara tersebarnya video aksi 'panas' disusuli kontroversi digugurkan daripada produksi drama 'La Luna'.

Selepas dua buah video tersebar di internet, Fathia akhirnya bersuara memberikan kenyataan terhadap kontroversi yang melanda dirinya itu.

Dalam sesi live di Instagram yang berlangsung kurang 10 minit itu, Fathia Latiff pada awalnya bertanya kepada peminat sama ada mereka betul-betul percaya itu dirinya dalam video yang tersebar.

Klik untuk gambar besar


"Have you seen the videos — do you guys really think it’s me? Really?" ujar Fathia membuka bicara.

Aktres jelita itu meluahkan emosinya ketika ini menerusi rakaman langsung di laman Instagram.

"Apabila banyak fitnah timbul saya sedih. Saya hanya manusia biasa. Saya cuba nak tunjuk dan jadi baik. Tapi saya tak berjaya. Saya sendiri masih belajar.

"Apa yang saya alami, hanya Allah yang tahu," katanya yang meminta maaf serta memohon jangan fitnah dirinya sambil menitiskan air mata.



Namun begitu, pelakon popular tersebut tidak menafikan atau mengiyakan status wanita dalam video itu sebagai dirinya.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar rakaman video melalui aplikasi 'Bigo Live' milik seorang pelakon baharu yang antara lain memaparkan dirinya bersama seorang wanita yang terdedah sebahagian daripada tubuhnya.

Rakaman video itu mencetuskan kontroversi kerana wanita terbabit dikatakan mirip Fathia. Bukan itu sahaja, Fathia terus hangat apabila pembabitannya dalam drama 'La Luna' terbitan TenView Sdn Bhd ditamatkan serta merta.



Produksi mengambil keputusan itu atas alasan Fathia mempunyai masalah salah laku hingga menyukarkan penggambaran.

Dalam soal bertudung dan menjadi insan yang lebih baik, pelakon drama 'Ariana Rose' ini berharap tidak diberi tekanan.

"Jangan beri saya tekanan. Saya masih belajar mengenai Islam dan Tuhan. Jangan terus fitnah saya... Tak baik," tuturnya.

Dalam pada itu, pelakon bertudung itu juga memuatnaik gambar dengan keterangan 'I'm Only Human'. Namun tiada kapsyen serta ruangan komen ditutup oleh pelakon tersebut.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: