Pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi laman Instagramnya dilihat bersetuju dengan tuntutan menyeksa tujuh suspek yang menyebabkan kebakaran di Pusat Tahfiz Ittifaqiyah di khalayak ramai.

"Kami berhak diatas tuntutan ini.. kerana saudara kami dibunuh dgn kejam," kata Sharnaaz di dalam kenyataannya menerusi Instagram.
Selain itu, pelakon ini juga turut 'tag' akaun Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak.
Berikutan perkara tersebut, ada sesetengah warga laman sosial bersetuju dengan perkara tersebut namun ada juga yang membangkang tindakan sedemikian kerana tidak selari dengan asas agama Islam.
Klik untuk gambar besar

Jujurnya, tiada siapa yang boleh menghalang anda untuk bersuara di laman sosial. Bagaiamanapun kadangkala kehendak hati kita sukar diterima sesetengah pihak dan dalam masa yang sama turut mencerminkan mentaliti kita dalam berhadapan dengan situasi sedemikian.
Apa yang pasti, tragedi kebakaran di pusta tahfiz berkenaan ternyata memberi impak besar lebih-lebih lagi apabila ia adalah hasil perbuatan khianat.
Tidak dapat dinafikan, perkara ini juga turut membuka mata banyak pihak tentang institusi tahfiz yang sudah bertapak sekian lama di negara ini.


www.myartis.com / Sumber: Sharnaaz Ahmad IG
________________________

No comments:
Post a Comment