26 September 2017

BERSANDING BERSAMA ABBY: "BERI MAKNA SANGAT BESAR" - MEMEY


"Apabila diusulkan cadangan untuk bersanding semula sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami, saya mahu kak Abby turut sama berada di pelamin dan dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak, keluarga serta sahabat handai.





"Semalam (24 September), memberikan makna yang sangat besar dalam hidup saya dan detik indah ini harus dikongsikan bersama anak-anak.

"Perkara yang paling penting apabila keluarga dan anak-anak dapat memahami, selebihnya terpulang kepada mereka di luar sana.

"Apa yang baik diharap dapat dijadikan teladan dan kalau sebaliknya, jadikan ia sebagai sempadan," kata Memey Suhaiza, 29, yang memberi cadangan agar Abby Abadi dan suaminya, Jai Ezzany turut bersanding bersama di majlis tersebut.

Klik untuk gambar besar


Semalam Memey dan suaminya, Norman Hakim, 41, telah bersanding buat kali kedua sempena sambutan ulangtahun ke-6 perkahwinan mereka yang turut diraikan bersama Abby Abadi dan pasangan, Faizal Zakaria.

Kongsi Memey lagi, keterujaan jelas terpancar pada wajah anak-anak yang turut sama mengambil bahagian dalam setiap proses bagi menjayakan majlis persandingan berkenaan.

Pada majlis yang berlangsung di Shah Alam itu, kedua-dua pasangan diarak masuk dengan diiringi bacaan selawat oleh anak sulung Norman dan Abby, Mohamed Danish Hakim, 14 tahun.

Keluarga besar itu kelihatan sama cantik sama bergaya dengan busana sedondon rona putih rekaan Eja Shahril.



Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat Abby berkongsi pelamin bersama Norman dan Memey di majlis persandingan kali kedua mereka baru-baru ini.

Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 25 September 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwish Hakim dan Muhammad Dirkhriz Hakim.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 40, pula berkahwin dengan Muhammad Faizal atau Jai Ezzany, 43, pada 14 Ogos 2015.

Bersama Abby, Norman dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish, Marissa Dania Hakim, 12 dan Maria Danisha Hakim, 9. Pasangan terbabit bercerai pada 2008.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: